Saturday, August 14, 2010

Pengenalan sukan kriket





kriket ialah satu permainan dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 15 orang pemain.Dimana 11 orang akan bermain dan 4 orang lagi menjadi simpanan.Pasukan pertama akan memukul(batting) manakala pasukan kedua pula akan memadang(fielding).Bagi menentukan pasukan mana memukul dan memandang dahulu ialah melalui proses toss coin yang akan dilakukan oleh ketua pasukan masing-masing sebelum permainan dimulakan,padang permainan bagi kriket disebut Cricket Oval,terdapat dua jenis oval ini iaitu artificial tuft dan turf tanah.Permainan kriket juga dikenali sebagai gentlemen game kerana terdapat banyak nilai-nilai baik yang dapat dipelajari melaului permainan ini sendiri.Selain itu kriket merupakan satu permainan berpasukan(team game) dimana memerlukan kerjsama antara satu sama lain. Disini ingin saya mengambil sepotong kata punjangga yang berbunyi "untuk mencapai kejayaan tidak ada seorang pun yang dapat berehat sebelum tamat tugasan mereka" ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap pemain perlu memberikan komitmen penuh dalam setiap game,mahupun pemain simpanan amat diperlukan untuk membantu pasukan meraih kemenangan!!

INFO RINGKAS MENGENAI PERMAINAN KRIKET
kriket ni mcm game lain jugak
ada 2 team
1 team 15 orang

mcm baseball jugak
satu team batting satu team lagi fielding

team yg fielding atau dalam bahasa melayunya memadang..

ada
sorang bowler (yg baling bola)
sorang wicket keeper(yg jaga belakang stump(tiga batang kayu tu)
yg 9 org lagi akan jaga keliling padang

ALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MEMUKUL(BATTING)

BALL GUARD

HELMET

GLOVE

THIGH PAD

BATTING PAD

BAT


Seperti permainan yang lain,kriket juga mempunyai objektif dan matlamat yang tertentu mengikut perancangan dan situasi ataupun keadaan.

Objektif ketika memukul(batting)
  1. mencari sebanyak mungkin larian
  2. menjaga wiket (tidak bagi nyawa)
  3. bat hingga innings tamat
  4. memberi cabaran kepada pasukan lawan
Objektif ketika membaling bola(bowling)
  1. membaling satu kawasan(good ball)
  2. mendapatkan wiket pemukul
  3. tidak memberi larian kepada pemukul
  4. mengatur strategi balingan
Objektif ketika memadang(fielding)
  1. tidak memberi peluang kepada pemukul untuk melakukan larian
  2. menangkap bola dan cuba memberhentikan bola dari "fours" dan "sixes"
  3. fielder '30 ela' tidak memberi satu pun larian
  4. membantu team untuk mengambil wiket pemukul
ANTARA CARA YANG BATSMAN BOLEH TEWAS(MATI/WICKET DOWN)

  1. bila bowler baling bola dkat batsman kena stump
  2. bila batsman pukul bola..ada org tangkap sebelum bola jatuh ke tanah
  3. bila batsman pukul bola dan buat larian..then ada org baling bola kena stump and batsman tak sempat sampai to another end..
  4. bila bowler baling bola kat batsman and then kena kaki belakang dia yg menghadang stumps (yg ni diorangpanggil LBW (leg by wicket) -

JENIS-JENIS PEMBALING

semasa bowling, seorang bowler boleh membuat bermacam jenis delivery/bowling (atau balingan.).. secara amnya, straight bowling, spin bowling, swing/seam bowling dan pace bowling..

straight bowling.. takde spin atau swing.. baling straight to the stumps.. cuma speed sahaja diubah-ubah.. biasanya dipakai utuk mengelirukan batsman yang menjangka bola yang datang adalah bola spin..
spin bowling, biasanya dalam 70-95 km/h.. bila bola cecah tanah,bola tak akan melantun mengikut arah asal tapi ke arah lain.. pun ada macam-macam jenis.. yang popular ialah off-break, leg-break, googly, top spin dan yang paling famous sekarang..the doostra technique...
swing/seam bowling.. lagi laju dari spin bowling dan memerlukan keadaan bola dan cuaca sekeliling yang sesuai.. biasanya 100-120 km/h.. bola ni akan bertukar arah semasa di udara lagi.. yang popular ialah in-swing, out-swing.. dan reverse swing.. yang mana bila dah dekat dengan batsman, tetiba bertukar ke arah berlawanan..
pace bowling.. atau fast bowling.. average 130-150+ km/h.. tapi boleh cecah 190 km/h.. punca utama semua orang pakai helmet, pads tangan/kaki.. dan pelindung nyawa iaitu ball guard.. helmet pun boleh retak wooo...
teknik biasa dipakai.. leg-cut dan off-cut... atau yang paling hampeh.. bouncer.. bouncer ni, biasanya tak target stumps.. sebab bila bola cecah tanah, bola ni melantun tinggi sebab dibaling pada angle tajam dan laju sangat.. seperti diagak, melantun tinggi tu maksudnya, bowler target bahagian atas badan batsman la..
kesemua cara balingan di atas ni ditentukan melalui kelajuan bowler lari sebelum membaling, kelajuan hayunan tangan dan juga cara grip bola.*blajarlah kriket =D*



11 comments:

  1. Name:Siti norhayati
    Class:3 Bezza
    Date : 7th July 2021

    Marks
    1. Reading Execise (page 96) =10/10

    2. Reading exercise (page 97)=10/10

    3. Vocabulary exercise (page 97)=10/10

    4. Vocabulary exercise (page 98)=6/10

    5. Phrasal Verb (page 102)=2/10


    ONCE YOU HAVE COMPLETED YOUR TASK, YOU CAN KEY IN THE ATTENDANCE IN THE GOOGLE FORM BELOW. 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Good👍👍👍👍👍👍🤗🤗🤗

    ReplyDelete